PENGURANGAN JUMLAH SOP AKAN DIUMUM PM
PENGURANGAN JUMLAH SOP AKAN DIUMUM PM
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengurangkan jumlah prosedur operasi standard (SOP) sebanyak 94.5 peratus bagi memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat.
Pengurangan jumlah SOP daripada 181 ketika ini dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, dengan mengambil kira faktor tertentu selari peralihan negara ke fasa endemik, menjelang penghujung Oktober ini.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika mengumumkan perkara itu mengakui bahawa rangkaian SOP sedia ada, sejak penularan jangkitan COVID-19 melanda Malaysia pada awal Januari tahun lalu mengundang pelbagai kekeliruan.
Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa kuasa membabitkan empat kementerian yang ditugaskan memperincikan langkah penyesuaian dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan COVID-19 ketika negara menuju ke fasa endemik sepakat untuk merintis usaha ke arah memudahkan SOP sebagai persiapan beralih ke fasa berkenaan.
Jelasnya,lagi Perdana Menteri akan membuat satu pengumuman dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Hishammuddin berkata SOP baharu yang bakal dirangka dan dihebahkan kepada orang ramai itu akan selaraskan membabitkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan.
Jelasnya, setiap kementerian kemudian akan mengeluarkan perincian sama, menggunakan platform masing-masing supaya memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat.-SAHIH