PENGUNJUNG DI TELUK CEMPEDAK DISERANG MONYET LIAR
PENGUNJUNG DI TELUK CEMPEDAK DISERANG MONYET LIAR
Foto atas: Ibu membawa bayinya yang cedera di muka untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
KUANTAN: Sebuah keluarga yang mengunjungi kawasan peranginan Teluk Cempedak dan menginap di sebuah hotel terkenal di situ diserang monyet liar dan nyaris berlaku kecelakaan serius kepada bayi pengunjung itu.
Pengunjung itu hanya dikenali Pengunjung 2105, berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil tindakan terhadap monyet lkiar itu agar tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan penggunjung di kawasan itu.
Katanya, sekeluarga itu yang berjalan kaki ke kereta untuk mengambil selipar dan ingin ke kawasan Teluk Cempedak yang terletak bersebelahan dengan hotelnya, terdapat sekawan monyet liar di pokok dan ada yang memanjat kereta pengunjung disitu.
“Setiba berhampiran dengan kereta, suami saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta memandangkan ada beberapa ekor monyet yang berada di atas kereta bersebelahan kereta kami.
“Ketika itu monyet yang ada berdekatan kereta saya tidak menunjukkan reaksi terancam. Belum sempat suami tiba di kereta, ada seekor monyet yang agak besar di antara monyet lain terus mengejarnya dan cuba menerkam suami saya,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga menjadi panik dan suaminya terus berlari semula ke arah hotel, dia dan anak-anak yang lain turut panik dan cuba untuk melarikan diri kerana monyet liar tu ketika itu hampir berada di sebelah kereta sorong bayi (stroller).
“Saya cuba untuk selamatkan diri dan anak-anak lain dengan menoak stroller secepat yang boleh, oleh kerana panik dan laju, bayi saya terjatuh tersembam ke jalan.
“Bayi saya mengalami luka dan lebam di muka, anggota badan lain tidak cedera. Ketika kejadian tiada seorang pun pengawal hotel yang berada berhampiran kami,” katanya.
Beliau berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan di sekitar kawasan hotel itu memandangkan di situ adalah tempat tumpuan perlancong dan dimaklumkan perkara itu telah dimaklumkan kepada pengetahuan Perhilitan tentang kehadiran monyet-monyet liar tersebut.
“Saya berharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain kerana boleh melibatkan nyawa, diharap pihak hotel menyediakan khidmat parking valet untuk memberi khidmat hantar dan ambil kereta pengunjung ke tempat letak kereta.
“Selain itu, pihak pengurusan hotel sewajar menyediakan pengawal untuk mengawal keselamatan pengunjung dan menghalau monyet-monyet liar berdekatan hotel ini,” katanya.-SAHIH.
Gambar dan sumber dipetik daripada FB