PENGUMUMAN PKP 3.0, ORANG RAMAI PATUH SOP
PENGUMUMAN PKP 3.0, ORANG RAMAI PATUH SOP
PUTRAJAYA : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilaksanakan dengan lebih ketat melibatkan sektor ekonomi dan sosial bagi melandaikan lengkok graf kes jangkitan yang semakin mengerunkan kerana kemunculan varian baharu yang bahaya ketika ini.
Semua kakitangan di sektor awam diarahkan hanya 80 peratus atau 750,000 pekerja, manakala kakitangan swasta hanya dibenarkan 40 peratus atau 1.6 juta pekerja yang diarahkan berkerja dari rumah (BDR) berkuatkuasa pada 25 Mei ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengangkutan awam hanya dihadkan kepada 50 peratus kapasiti penumpang dan kekerapan sektor ini akan dikurangkan, manakala sektor perniagaan pula dibenarkan beroperasi bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja dan arahan ini akan berkuatkuasa..
“Diharapkan semua pengunjung perlu membuat semakan status MySejahtera sebelum memasuki premis atau tempat kerja kerana penguatkuasaan bersepadu khasnya agensi yang diberi kuasa akan membuat pemantauan dan tidak teragak-agak untuk memberi kompaun kepada yang melanggar SOP.
“Selain itu, HIDE akan diguna untuk mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat penilaian sebelum sesuatu kawasan ditutup, “katanya melalui media petang tadi.
Katanya, masa pengoperasian kedai farmasi dikekalkan sehingga pukul 10.00 malam, diharap orang ramai melakukan kawalan kendiri untuk meastikan tiada jangkitan wabak ini.
“Tujuan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi menghadkan pergerakan orang ramai, memakai double facemask, manakala faceshield amat digalakkan ketika berada di tempat orangramai yang sesak.
“Walaupun memakai niqab, pelitup muka wajib dipakai, kegagalan memakai pelitup muka ini merupakan kesalahan di bawah Akta 342,” katanya.-SAHIH