PENGHUNI SANG RIANG TERIMA VAKSIN COVID-19
PENGHUNI SANG RIANG TERIMA VAKSIN COVID-19
TRIANG: Semua 331 penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang sudah menerima vaksin COVID-19 mereka secara berperingkat sejak minggu lalu.
Pengurus Rumah Kebajikan itu, Yap Yoke Moey berkata, keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan penghuni rumah kebajikan berkenaan sangat dihargai.
YAP YOKE MOEY SUDAH MENERIMA VAKSIN COVID-19 HARI INI
“Saya merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan yang begitu profesional dalam menjalankan tugas mereka.
“Bukan mudah untuk melakukan tugasan ini dengan pakaian pelindung diri (PPE) yang tebal dan cuaca sangat panas ketika bulan Ramadan, namun mereka berjaya menunaikan tanggungjawab seperti dijadualkan,” katanya.
Proses suntikan vaksin itu dilakukan di Dewan Konvensyen Bera.
Yoke Moey turut meminta orang ramai mengubah pandangan terhadap proses suntikan vaksin kerana ia adalah selamat dan tidak memberi kesan sampingan yang teruk.
“Banyak maklumat kurang tepat mengenai vaksin COVID-19, jadi kita kena dapatkan maklumat dari pihak berkenaan supaya tidak keliru.
“Saya harap tidak ada lagi pihak rasa kurang yakin dengan suntikan vaksin kerana ia adalah langkah penting untuk memutuskan penyebaran wabak COVID-19, terutamanya dalam kalangan warga emas,” katanya.