PENGHANTAR MAKANAN MAUT NAHAS
PENGHANTAR MAKANAN MAUT NAHAS
SEREMBAN – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta dalam kejadian di simpang empat, Jalan Kuarters KLIA, Nilai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu, mangsa, Azreeq Azri, 26, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Mohd. Fazley berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dari arah Bandar Enstek menuju ke Kuarters KLIA, lapor KOSMO online
“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa sedang bergerak terus telah melanggar sebuah kereta Perodua Alza yang tiba-tiba datang dari simpang arah kanan menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan.
“Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelas beliau, akibat pelanggaran itu mangsa yang cedera di kepala maut di tempat kejadian dan di bawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.
Tambah beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.