PENGENDALI PENGANGKUTAN AWAM PERLU SEMAK PENUMPANG LENGKAP VAKSIN
PENGENDALI PENGANGKUTAN AWAM PERLU SEMAK PENUMPANG LENGKAP VAKSIN
(gambar atas; Datuk Seri We Ka Siong dalam lawatan ke Kampung baru KArak yang terbakar baru-baru ini.)
BENTONG – Semua pengendali pengangkutan awam diminta melakukan semakan ke atas semua penumpang bagi memastikan hanya penumpang yang telah menerima vaksin lengkap dibenarkan menaiki kenderaan awam syarikat terbabit.
Kementerian Pengangkutan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan semua penumpang yang menaiki pengangkutan awam untuk merentas negeri telah lengkap suntikan vaksin.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri We Ka Siong berkata, syarikat penggangkutan awam perlu berperanan untuk memutuskan rantaian penyebaran wabak dengan memastikan hanya penumpang yang lengkap suntikan vaksin dibenarkan menaiki kenderaan.
“Ini sebagai satu langkah tambahan memastikan penumpang yang betul-betul telah menerima vaksin lengkap, tidak susah sangat dan tidak melibatkan kos tambahan pun cuma memberikan keyakinan kepada orang yang menggunakan kenderaan khususnya untuk rentas negeri.
“JPJ boleh membuat pemantauan bas untuk menentukan penumpang tidak lengkap dos, jadi syarikat itu akan dikenakan tindakan kerana cuai kerana tidak melakukan kerja-kerja ini,”katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan kebakaran Kampung Baru Karak di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru Karak, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut Ka Siong pemeriksaan akan dilakukan secara berkala bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dilaksanakan termasuklah syarat lengkap suntikan vaksin selain itu pihaknya akan turut memberi tumpuan kepada kaedah meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai terhadap kepentingan mematuhi SOP yang ditetapkan.-SAHIH.