PENGEBUMIAN JENAZAH ALLAHYARHAM KONS/P NORHALIM BIN TUMIRAN
PENGEBUMIAN JENAZAH ALLAHYARHAM KONS/P NORHALIM BIN TUMIRAN
TEMERLOH:- Pada hari ini, telah berlangsungnya pengebumian buat Allahyarham Kons/P Norhalim bin Tumiran di Tanah Perkuburan Felda Bukit Damar, Lanchang, Temerloh Pahang.
Allahyarham yang bertugas di Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Sibu telah meninggal dunia pada 6 Mei 2021 di Sibu, Sarawak akibat terkena tembakan.
Jenazah Allahyarham telah diterbangkan dengan penerbangan khas TUDM dari Sibu ke Lapangan Terbang TUDM Subang pada jam 4.40 petang tadi.
![]()
GAMBAR IHSAN PDRM
Jenazah yang tiba di TUDM Subang terus dibawa ke Felda Bukit Damar, Lanchang Pahang untuk upacara pengebumian yang telah disempurnakan kira-kira jam 10 malam tadi.
Allahyarham yang sudah berkahwin meninggalkan seorang isteri dan seorang anak kecil yang berumur 1 Tahun 2 bulan.
Seluruh warga kerja PDRM Kontinjen Pahang menzahirkan ucapan Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.-SAHIH
