PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) BERMULA HARI INI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) BERMULA HARI INI
KUALA LUMPUR: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah bermula hari ini bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan COVID-19 yang belum reda.
PdPR ialah PdP yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian dan kaedah ini boleh dilaksanakan dalam talian atau luar talian atau off-site dengan berstruktur dan terancang, lapor ASTRO Awani.
GAMBAR HIASAN
Menerusi pendekatan dalam talian, cara pembelajaran melalui capaian internet, peranti dan belajar secara real time.
Bagi pelaksanaan luar talian pula murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian internet.