PENEROKA JENGKA 24 TERHARU
PENEROKA JENGKA 24 TERHARU
JERANTUT: Sebanyak 377 keluarga di Felda Jengka 24, terharu dengan kehadiran Menteri Besar Pahang menyerahkan bakul barangan kering dan basah di simpang masuk ke kawasan Felda itu, semalam.
Kehadiran Menteri Besar (MB), Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak dapat disambut oleh penduduk di situ disebabkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), sebaliknya berita penyampaikan bakul makanan itu disambut oleh peneroka dengan gembira dan terharu.
Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud berkata, terdapat peneroka yang menitiskan air mata kerana begitu caknanya Menteri Besar Pahang ke Felda itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai 30 Mei hingga 12 Jun.
“Malah mereka mahu selepas keadaan kembali pulih, mohon Datuk MB datang semula ke Jengka 24 untuk bersua muka bagi menyatakan ucapan terima kasih secara bersemuka dan mereka hanya mampu berdoa agar Datuk Seri Wan Rosdy mendapat rahmat dan kesejahteraan.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahniza Shamsuddin; Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris serta pegawai-pegawai kanan Felda.
“Semalam Menteri Besar mengadakan pelancaran gimik penyerahan bantuan kepada warga Felda Jengka 24 yang tidak dibenarkan keluar kawasan itu sejak 30 Mei lalu kerana penularan wabak Covid-19 melanda kawasan ini,” katanya.-SAHIH.