PENENTUAN JUARA DUNIA MOTOGP
ANTARA MORBIDELLI & JOAN MIR
MADRID: Penunggang Itali Franco Morbidelli akan bermula dari petak depan di MotoGP Valencia, dengan pencabar terdekat Joan Mir untuk Kejuaraan Dunia gagal memanfaatkan persembahan kurang memberangsangkan pelumba Sepanyol itu pada sesi kelayakan.
Morbidelli dari Petronas Yamaha mencatat masa terpantas 1 minit 30.191 di litar Ricardo Tormo manakala pelumba Australia Jack Miller dan Takaaki Nakagami dari Jepun melengkapkan barisan depan.
Mir hanya mencatat masa ke-12 terpantas dan terakhir pada sesi kelayakan Q2, tetapi dia boleh menarik nafas lega apabila pelumba Perancis Fabio Quartararo dan pelumba Sepanyol Alex Rins, yang berada di tangga kedua dan ketiga kejuaraan, gagal mengambil peluang itu, lapor APF.
Kelebihan 37 mata menyaksikan Mir hanya perlu mencari penamat podium pada perlumbaan kedua terakhir musim ini esok bagi mengesahkan kejuaraan, dan keempat juga sudah mencukupi jika Rins atau Quartararo tidak memenangi perlumbaan.
Quartararo akan bermula dari petak ke-11, dengan Rins di petak ke-14.