PENDUDUK TERKEJUT ULAR SAWA BATIK DALAM REBAN AYAM
PENDUDUK TERKEJUT ULAR SAWA BATIK DALAM REBAN AYAM
LIPIS: Seorang penduduk di Kampung Jeram Besu terkejut melihat seekor ular sawa batik dipercayai kekenyangan setelah membaham seekor ayam yang berada di dalam reban ayam penduduk itu, dekat sini, pada jam 8.45 pagi, hari ini.
Penduduk tersebut yang ketika hendak memberi ayamnya makan menyedari ular tersebut melingkari di dalam reban dan terus memanggil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Pihak APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular dianggarkan sepanjang 2 meter dengan menggunakan alatan khas menangkap ular.
Pengawai APM Daerah Lipis, Kapt (PA) Mohd Azhar Yusof berkata, seramai 4 anggota dan sebuah ambulan telah pergi ke lokasi, tiada berlaku sebarang kecederaan.-SAHIH