PENDUDUK PESISIR SUNGAI TEMBELING BERWASPADA
HUJAN BERTERUSAN BAKAL BERLAKU BANJIR
JERANTUT: Penduduk di pesisir Sungai Tembeling dan Sungai Pahang diminta berwaspada kerana paras air sungai menunjukkan corak semakin meningkat ekoran hujan berterusan sejak kebelakangan ini.
Penduduk di Kuala Tahan menjangkakan sekiranya hujan berterusan kemungkinan banjir akan berlaku.
Laporan paras air sungai utama di Jerantut yg dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jerantut, pada jam 6.00 pagi, hari ini paras air semakin meningkat.
Bacaan di Stesen Kuala Tahan, paras air semasa ialah 66.52 meter (Amaran) dan menunjukkan semakin menaik dan bacaan bahaya pada 68.00 meter.
Manakala, Stesen Sg. Yap paras air semasa ialah 48.57 meter (Waspada) dan semakin menaik kepada paras amaran (50.00 meter).
Stesen Jeram Bungor pula 56.20 meter (Normal) dan semakin menaik. Bacaan di lain-lain Stesen Kg Pasir Raja (64 mm), Stesen Kg. Bantal (52 mm), Stesen Kuala Tahan (23 mm), Stesen Sg Yap (12 mm) dan Stesen Bukit Betong (5.5 mm).