PENDUDUK KUTIP EMAS SEHINGGA MEMPEROLEHI 7KG
PENDUDUK KUTIP EMAS SEHINGGA MEMPEROLEHI 7KG
LIPIS: Di sebalik ketenangan beberapa buah kampung di daerah Kechau yang mempunyai keluasan 77,000 hektar di sini, siapa sangka kandungan perut buminya dilimpahi dengan emas mentah sekali gus mengubah taraf hidup kira-kira 5,000 penduduk di situ sejak turun temurun.
Kewujudan emas yang bertimbun di kawasan itu boleh digambarkan seolah-olah penduduk tinggal dan hidup dengan logam berharga tersebut kerana ia didakwa berada di bawah, depan dan belakang rumah mereka, lapor KOSMO! Online.
Oleh kerana banyaknya emas, ada penduduk yang memperoleh sehingga tujuh kilogram
GAMBAR IHSAN KOSMO ONLINE
Ketulan emas yang ditemui ketika aktiviti melombong yang dilakukan oleh penduduk di Kampung Sungai Mun, Mukim Kechau, Lipis, Pahang baru-baru ini.