292 PENEROKA FELDA DAPAT GERAN TANAH SETELAH 40 TAHUN MENUNGGU JUMAAT INI
292 PENEROKA FELDA DAPAT GERAN TANAH SETELAH 40 TAHUN MENUNGGU JUMAAT INI
JERANTUT: Impian 292 peneroka Felda Jengka 24 Wilayah Jengka untuk memiliki geran suratan hak milik tanah masing-masing bakal menjadi kenyataan setelah menanti hampir 40 tahun Jumaat ini.
Mereka akan menerima suratan hak milik tanah masing-masing yang dijadualkan pada 19 Januari ini yang disampaikan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, lebih manis rancangan ini mencatat sejarah sebagai Felda terakhir menerima surat hak milik tanah yang melengkapi 37 rancangan Felda Wilayah Jengka.
Menurutnya, warga peneroka begitu teruja menunggu majlis berlangsung kerana tidak sabar menerima geran masing-masing setelah menjadi peneroka sejak tahun 1985/1986.
“ Lebih gembira apabila warga peneroka di Felda Jengka 24 akan bertemu pemimpin nombor satu negeri ini iaitu menteri besar yang berjaya mengangkat Pahang negeri elit ” katanya kepada media ketika ditemui di Felda Jengka 24 hari ini.
“Razak Daud…..
Tambah Razak, semua penduduk turun padang bergotong royong menceriakan kawasan kampung melibatkan pengurusan Felda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Kami Anak Felda (KAF).
l
Menurutnya, berkongsi keceriaan pada majlis itu ialah seramai 154 peserta Felcra Bukit Nikmat 1 dan Felcra Bukit Nikmat 2 yang turut menerima suratan hak milik tanah daripada Menteri Besar.
Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita ( GPW ) Felda Jengka 24, Rogayah Said,70, mengakui kalangan wanita tidak sabar menunggu tarikh 19 Januari yang bakal mencatat sejarah dapat memiliki asset sendiri yang berupa tanah dan tapak rumah.
“Rogayah said……
Perjuangan bersama suami sebagai peneroka lebih 40 tahun kini berbaloi walaupun menempuh pelbagai cabaran. Namun ada rakan tidak sempat berkongsi kegembiraan ini kerana terlebih dahulu dijemput Ilahi,
katanya.
Ketua Peserta Felcra Bukit Nikmat 1, Mohamad Khatib Yunus,74, turut bersyukur kerana peserta Felcra Bukit Nikmat 1 dan 2 berkongsi pentas menerima surat hak milik tanah dari Menteri Besar.
Menurutnya, peserta Felcra dari pelbagai kampung berdekatan terutama dari Kampung Bukit Nikmat menunggu surat hak milik tanah ini lebih 30 tahun kini menjadi kenyataan.
Bagi Syed Abdullah Syed Kasim,61, bersyukur kepada Allah SWT dipanjang usia kerana akan dapat memiliki surat hak milik tanah yang menjadi asset keluarga.
Tambah beliau, kesudian Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy meluang masa untuk menyampaikan suratan hak milik tanah bakal menjadi kenangan abadi kepada warga Felda Jengka 24.-SAHIH