BOLEH KE STADIUM JUMAAT INI
Berita Sukan
PEMINAT LIGA KOREA KEMBALI KE STADIUM JUMAAT INI
SEOUL: Peminat bola sepak Korea Selatan akan dibenarkan memenuhi 25 peratus kapasiti stadium untuk aksi Liga Korea (Liga K) bermula Jumaat ini, umum Persatuan Bolasepak Korea.
Besbol, sukan paling popular negara berkenaan, akan menyaksikan kepulangan peminat buat pertama kali dalam tempoh hampir dua bulan di lima perlawanan hari ini dengan kapasiti 20 peratus, kata organisasi sukan berkenaan.
Penonton sudah mula kembali pada jumlah terhad sejak Julai, tetapi pintu kembali tertutup tiga minggu selepas itu akibat lonjakan jangkitan COVID-19 – angkara perhimpunan anti kerajaan di sini.
Kerajaan bagaimanapun melonggarkan larangan berkenaan hujung minggu lalu selepas jumlah jangkitan harian kekal pada dua digit selama dua minggu.
Korea Selatan mengawal penyebaran COVID-19 dengan ujian dan saringan berterusan tanpa perlu menjalankan perintah berkurung.
Korea Selatan melaporkan 102 kes baharu hari ini – 69 domestik dan 33 import – menjadikan jumlah keseluruhan 24,805.
Sumber : AFP