Pemborong jual tembikai sendiri elak rugi
Pemborong jual tembikai sendiri elak rugi
TEMERLOH : “Telefon dan whastapp saya tidak dijawab oleh peraih buah tembikai yang telah menempah dan berjanji akan mengambil buah pada hari Isnin,” katanya pemborong buah itu, hari ini.
Pemborong buah tembikai itu, Mohd Shukri Abdul Mazak,40 berkata, dia hampir kerugian kira-kira RM24,000 setelah membeli daripda pekebun buah tembikai untuk dijual di bandar ini.
“Setelah buah tembikai diambil dari kebun, saya telah berkali-kali membuat panggilan telefon dan juga pesanan melalui aplikasi Whastapp tapi tidak dijawab.
“Ada 24 tan buah dan saya telah membayar wang pendahuluan kepada pekebun tersebut sebanyak RM3,500 dan akan membayar bakinya setelah menjual buah itu di sini seperti dilakukan sebelum ini.
“Atas dasar percaya dengan pekebun itu setelah berniaga buah itu hampir 30 tahun dan pekebun buah itu telah percaya kepada saya maka saya akan membayar selepas menjual buah ini,” katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, pekebun itu telah mempercayai dia kerana tidak pernah culas membayar setiap kali memborong buah dan menganggap dia sebagai satu-satu ‘agen’ kepada pekebun itu.
“Peraih seolah-olah engkar untuk mengambil buah kerana dia (peraih) tidak mahu kononnya tidak macam seperti di mahu, sedangkan peraih itu tahu buah “cuci mangkuk” ialah buah yang bersaiz dua kilogram (kg) , 3 kg dan 4 kg serta buah yang rosak dia tak nak tanggung.
“Mujur orang ramai khususnya sekitar Temerloh berpusu-pusu membeli tembikai selepas tular didakwa menjadi mangsa penipuan hingga menyebabkan kerugian, saya berterima kasih kepada orang ramai yang membeli 4 biji berharga RM10 yang membantu daripada mengalami kerugian yang besar,” katanya.-SAHIH.