Pembantu klinik swasta alami jantung bengkak, berlubang perlu bantuan kos perubatan
Foto : Siti Nabilah Suhaimi menunjukkan surat rujukan hospital.
Pembantu klinik swasta alami jantung bengkak, berlubang perlu bantuan kos perubatan
TEMERLOH : Seorang klinik swasta mengalami masalah jantung yang bengkak serta turut disahkan mengalami jantung berlubang sejak 2022.
Pembantu klinik di bandar ini, Siti Nabilah Suhaimi,34, berkata, mengakui segalanya bermula selepas disahkan positif Covid-19 pada 16 Mac 2022.
“Ketika itu saya sedang sarat mengandung dan terpaksa melakukan pembedahan bersalin pada hari berikutnya selepas disahkan positif.
‘Pemeriksaan X-ray bagi melihat keadaan paru-paru, saya terkejut disahkan pula mengalami jantung bengkak dan dua bulan kemudiannya, saya turut disahkan mengalami jantung berlubang,” katanya di sini, hari ini.
Ibu kepada empat anak itu berkata, keadaan kesihatannya mula terjejas selepas disahkan berdepan penyakit tersebut, malah sering sakit dan pening kepala melampau selain mengalami tekanan darah rendah yang tidak normal.
“Saya juga selalu pitam dan tidak boleh melakukan kerja berterusan dan ini banyak menjejaskan kehidupan seharian.
“Saya terkejut apabila doktor menyatakan jantung sudah berlubang sebesar dua sentimeter, memang sedih tetapi saya perlu teruskan hidup dan sabar berdepan ujian,” katanya.
Katanya, pihak doktor memaklumkan pembedahan perlu dilakukan jika kesihatan terus terjejas namun mengakui perlu berdepan risiko ekoran faktor usia.
“Saya hairan, macam mana jantung bengkak dan berlubang berlku sedangkan saya tidak mengalaminya sejak lahir.
“Memikirkan kos besar dianggarkan lebih RM65,000 hingga RM100,000 yang perlu dihadapi untuk melakukan pembedahan tersebut dan perlu membayar separuh daripada kos ini.
Katanya, pada masa ini dia hanya bergantung kepada pendapatan sebagai pembantu klinik swasta, selain suaminya hanya bekerja sendiri bagi menampung perbelanjaan sekeluarga termasuk persekolahan tiga anaknya.
“Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank (156020527606) atas nama Siti Nabilah Suhaimi.- SAHIH.