Pemandu pacuan empat roda dipercayai mabuk rempuh penunggang motosikal
Foto atas : Motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu rosak teruk
Pemandu pacuan empat roda dipercayai mabuk rempuh penunggang motosikal
BENTONG – Seorang warga tempatan yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol melanggar seorang penunggang motosikal di Kilometer 4, Jalan Bentong menghala ke Raub.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd kahar berkata, pemandu 4×4 itu yang berusia 65 dipercayai dalam perjalanan dari Raub menghala ke Bentong telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar penunggang motosikal berusia 22 tahun.
“Dalam kejadian berlaku pada Rabu pada jam 10.15 malam, penunggang motosikal itu, Muhammad Nor Izad Abdul Karim, seorang pekerja kilang di Bentong meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bentong.
“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan direman selama tujuh hari bermula 2 jun 2022 sehingga 8 jun 2022. Kes disiasat di bawah seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987,” katanya.
Beliau berharap sesiapa melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan, beliau juga menasihatkan semua pengguna jalanraya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah.-SAHIH.