Pemandu maut, isteri dan anak selamat kenderaan terbabas
Pemandu maut, isteri dan anak selamat kenderaan terbabas
Beaufort: Pemandu pacuan empat roda maut selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kampung Poring, Membakut, di sini, semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian 4.30 petang itu, isteri dan anak mangsa berusia 44 dan 25 tahun terselamat tanpa kecederaan.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pemandu yang maut dikenali sebagai Ambros Sinting berusia 48 tahun.
Katanya, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa bersama keluarga dalam perjalanan dari Kampung Ulu Lumagar, Bongawan menuju ke Pekan Membakut.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan terbalik,lapor HM online.
“Akibat kejadian itu, mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Membakut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Beaufort untuk bedah siasat.
“Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.