PEMANDU MAUT DALAM NAHAS JALAN RAYA
PEMANDU MAUT DALAM NAHAS JALAN RAYA
SKUDAI : Pemandu kereta maut dalam kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Persiaran Impian Emas, Taman Impian Emas, kira-kira 5.00 petang semalam.
Lelaki berusia 28 tahun itu yang memandu Naza Forte dipercayai hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok.
Menurut Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mereka menggunakan alat khas dalam operasi tersebut untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan memotong bahagian kereta itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi,” katanya.
Operasi mengambil masa kira-kira sejam untuk menggeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.