PEMANDU, JURURAWAT PKD PEKAN MAUT KEMALANGAN
PEMANDU, JURURAWAT PKD PEKAN MAUT DALAM KEMALANGAN
PETALING JAYA: Seorang jururawat maut apabila kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan pagi tadi ketika dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli, PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kenderaan tersebut terlibat kemalangan ketika melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan berkala.
“Kemalangan tersebut telah meragut nyawa pemandu dan seorang jururawat, manakala seorang pegawai perubatan telah dirujuk untuk rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.
Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.
“Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang terkorban ketika melaksanakan tugas.
“Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dipetik dari KOSMO! Online.