PEMANDU JENTOLAK DIHEMPAP TEMBOK BATU MENINGGAL DUNIA
PEMANDU JENTOLAK DIHEMPAP TEMBOK BATU MENINGGAL DUNIA
PETALING JAYA – Pemandu jentolak yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dihempap tembok batu di tapak pembinaan berhampiran Flora Damansara hari ini telah meninggal dunia.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit selepas ketibaan anggota bomba.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa dengan bantuan kren,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki warga asing dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dihempap tembok batu di tapak pembinaan berhampiran Flora Damansara, Jalan PJU 8, Damansara Perdana, lapor KOSMO online .
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mahathir Sakdom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.44 pagi dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.
“Seramai 8 pegawai serta anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikerah ke lokasi kejadian.
“Mangsa merupakan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 32 tahun. Mangsa yang juga pemandu jentolak di tapak pembinaan tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.