PEMAIN BADMINTON MAUT DI GELANGGANG SEMPAT HABISKAN SET PERTAMA SUKU AKHIR
PEMAIN BADMINTON MAUT DI GELANGGANG SEMPAT HABISKAN SET PERTAMA SUKU AKHIR
JERANTUT: Seorang pemain badminton berusia 34 tahun, meninggal dunia dalam kejohanan badminton yang diadakan di Dewan Badminton Jerantut, di Batu 58, Jalan Jerantut Feri, petang semalam.
Si-mati, Mohamad Fadzil Mokhtar ketika itu bermain di peringkat suku akhir dan sempat menghabiskan set pertama dan memohon untuk keluar kerana mengadu sakit dada dan tidak sihat.
Timbalan Polis Daerah Jerantut, Deputi Superitenden, Azman Mat Kamis berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut pada jam 4.00 petang berkaitan kejadian itu.
“Si-mati sempat menghabiskan set pertama pada mata ke-21, dan memohon keluar gelanggang kerana mengadu sakit dada dan tidak sihat.
“Kemudian pemain itu duduk di tepi gelanggang untuk berehat dan tiba-tiba rebah, kira-kira jam 4.50 petang, mangsa dihantar ke Hospital Jerantut,” katanya.
Katanya, pemeriksaan fizikal ke atas si-mati dapati tiada sebarang kecederaan atau unsur – unsur perbuatan khianat atau jenayah.
“Si-mati yang bekerja sebagai seorang mekanik motosikal di Felda Jengka 8, telah keluar dari rumah dan tiba dewan itu kira-kira jam 10.00 pagi untuk hadir sebagai pemain dalam pertandingan yang diadakan, sebelum kejadian si-mati hadir dalam keadaan sihat.
“Setelah melakukan ujian RTK Covid-19 dan saringan itu mendapati negatif, hasil bedah siasat mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung (myocardial infarction) yang dilakukan malam tadi,” katanya.-SAHIH