PELANCONGAN KESIHATAN DAPAT PENGIKTIRAFAN
Berita Nasional
PELANCONGAN KESIHATAN DAPAT PENGIKTIRAFAN
KUALA LUMPUR: Bidang pelancongan kesihatan Malaysia turut mendapat pengiktirafan apabila sekali lagi dipilih bagi memenangi Anugerah Kesihtan dan Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik 2019/2020 bagi empat tahun berturut-turut.
Berita mengembirakan itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya.
“Malam ini langsung dari London, Malaysia menang Anugerah Kesihatan dan Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik 2019/2020.
“Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada keseluruhan pasukan,” katanya.![]()
Kejayaan terbaharu itu diumumkan pada Anugerah Pelancongan Kesihatan Antarabangsa Jurnal Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTJ) yang diadakan secara dalam talian.![]()
Dalam perkongsiannya itu, Dr Noor Hisham turut mendedikasikan anugerah tersebut kepada semua pemegang taruh sektor penjagaan kesihatan atas kecemerlangan mereka sepanjang 2019/2020 dengan menggunakan hashtag #malaysiahealthcare.![]()
