Pelajar sekolah menengah dikhuatiri lemas di Sungai Pahang, Jerantut
Foto : Pelajar SMK Temin, Azri Fahmi yng dikhutiri lemas.
Pelajar sekolah menengah dikhuatiri lemas di Sungai Pahang, Jerantut
JERANTUT : Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin, Azri Fahmi berusia 14 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pahang setelah dipercayai terjatuh ke dalam sungai berdekatan jambatan di Kampung Jerantut Feri dekat sini pada jam 5.07 petang semalam.
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Balai Bomba Penyelamat (BPP) Jerantut menerima panggilan kecemasan pada jam 5.07 petang semalam dan terus ke tempat kejadian.
Lokasi kejadian pelajar dikhuatiri lemas pada jam 5.07 petng semalam.
“Komander operasi, Shuaimi Muhammad melaporkan pelajar itu bersama dua rakannya telah pergi ke tempat kejadian telah terjatuh dari rumah rakit ke dalam Sungai Pahang dan dihanyutkan arus deras.
“Komander operasi, Shuaimi Muhammad dari BBP Jerantut melaporkan pelajar tersebut bersama dua orang rakannya pergi ke rumah rakit itu dipercayai untuk melakukan aktiviti memancing,” katannya.
Katanya, seramai lapan orang anggota BBP Jerantut bersama dua buah jentera dan sebuah bot aluminium bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira sejauh 15 kilometer dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.
“Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat di permukaan air (surface water rescue) dengan menggunakan bot penduduk kampung sejauh kira-kira 1.5 kilometer,” katanya.
“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin, Temerloh telah dipanggil untuk membantu pencarian mangsa,” katanya. -SAHIH.