PELAJAR LEPASAN STAM MAUT MANDI AIR TERJUN
PELAJAR LEPASAN STAM MAUT MANDI AIR TERJUN
KUALA KRAI – Kegembiraan 14 orang pelajar sekolah agama yang baru tamat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) semalam berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas di Air Terjun Istana Sangkut, Laloh di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mangsa, Nur Muhammad Afiq Zubir, 18, yang merupakan pelajar Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu dipercayai pergi ke kawasan air terjun itu bersama rakan-rakannya petang tadi.
Katanya, siasatan awal mendapati, ketika sedang mandi di situ, mangsa dipercayai lemas dan dihanyutkan arus deras kira-kira pukul 2.43 petang.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Rakannya yang menyedari Nur Muhammad sudah lemas telah menghubungi bomba selain meminta bantuan penduduk kampung untuk mencari mangsa, lapor KOSMO! Online.
“Bomba telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mayat mangsa kira-kira tiga jam kemudian,” katanya ketika dihubungi.