HUBUNGI PEJABAT PARLIMEN JERANTUT JIKA TERKANDAS
PELAJAR JERANTUT TERKANDAS DIMINTA HUBUNGI PEJABAT AHLI PARLIMEN
JERANTUT: Pelajar dari Jerantut yang terkandas ketika mendaftar di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara yang memerlukan diminta menghubungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerantut dengan segera.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, pelajar terbabit juga dinasihatkan memberikan maklumat lengkap dan tepat bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan.
“Saya simpati dengan isu yang sedang dihadapi pelajar, terutamanya yang terkandas di pusat pengajian tinggi masing-masing di seluruh negara… rintihan ibu bapa dan anak-anak ini kita beri perhatian serius dan keadaan semasa (penularan COVID-19) sejak kebelakangan ini juga amat merisaukan.
“Bagi meringankan bebanan pelajar dan ibu bapa mereka, kita (Pusat Khidmat Ahli Parlimen) menyediakan bantuan kepada mereka… kalau ada anak-anak Jerantut yang terkandas di luar Pahang, hubungi kami bagi memudahkan urusan membawa balik pelajar berkenaan ke pangkuan keluarga masing-masing,” katanya.
Katanya, pelajar yang berada di Utara, Selatan, Lembah Klang dan Pantai Timur menghadapi masalah untuk pulang boleh menghubungi Cik Mastura (011-12210648), En Hadi (011-11121296) dan En Shariff (013 9404483) atau Pejabat Parlimen Jerantut (09-2661936).
Ahmad Nazlan meminta pelajar terbabit menyalurkan maklumat segera melalui aplikasi WhatsApp dan menyertakan nombor Kad Matrik atau kad pelajar masing-masing bagi membolehkan urusan perjalanan pulang diatur.