Pekerja ladang nyaris maut dipijak gajah di dalam sebuah ladang di Temerloh
Pekerja ladang nyaris maut dipijak gajah di dalam sebuah ladang di Temerloh
TEMERLOH – “Selalunya pekerja itu berdua dengan kawannya, tetapi pada hari semalam dia segera ke tempat kejadian berseorangan untuk melakukan kerja mencantas pelepah sawit kira-kira 2 kilometer dari pejabat ladang itu di Mentakab pada jam kira-kira 7.15 pagi,” ketika ditemui, hari ini.
Pengurus ladang tersebut yang enggan nama disiarkan berkata, pekerja malang berusia 50-an itu pergi dahulu dengan menunggang motosikal meninggalkan kawannya untuk bekerja ke tempat kejadian kira-kira 100 meter bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul.
“Kira-kira jam 7.40 pagi semalam, mangsa telah menghubungi pengawal keselamatan memaklumkan melihat kelibat gajah berada di kawasan ladang itu dan sedang menghala ke arahnya.
“Dimaklumkan pengawal itu menyuruhnya untuk melarikan diri dari kawasan itu tetapi belum sempat pihak pengurusan dan pengawal ke tempat kejadian, mangsa telah menghubungi semula memaklumkan dia telah dipijak oleh gajah kira-kira 10 minit kemudian, pada jam 8.00 pagi” katanya.
Katanya, berdasarkan pelepah sawit yang telah dicantas, pekerja itu telah melakukan kerja sepanjang jalan ladang sejauh 200 meter berdasarkan kesan cantasan,” katanya.
“Saya harian juga mengapa pekerja itu tidak melarikan diri sebelum dipijak kerana kedudukan motosikal mangsa terletak kira-kira 100 meter tempat mangsa dipijak.
“Pihak kami telah ke tempat kejadian dan melihat mangsa telah cedera di bahagian pergelangan kakinya dan terus dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh,” katanya.
Katanya, pihak ladang telah menggali parit sedalam kira-kira 3 meter dalam (10 kaki) dan lebar 3 meter (10 kaki) telah dibina sepanjang kira-kira 6 kilometer.
“Mungkin gajah itu masuk ikut baki sempadan yang belum dibina parit anggaran sepanjang 7 kilometer lagi.
“Sebenarnya banyak kali masuk ke ladang kami, tapi kali ini mencederakan pekerja, mujur tidak ramai lagi pekerja berada di kawasan itu kerana masih awal pagi,” katanya.
Katanya, pihak ladang mengalami kerugian kerana pokok sawit yang dicabut atau dimakan pucuknya oleh haiwan liar itu kira-kira 10,000 pokok dan boleh mengalami kerugian jangka pendek kira-kira RM100,000 tetapi jangka panjang hampir RM1 juta.
Sementara itu, dua kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah ke tempat kejadian di ladang itu. Siasatan awal tempat kejadian berlaku di dalam ladang bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul
Terdapat sepasang kasut, topi, dan sebotol air mineral mangsa dan juga terdapat kesan tapak gajah liar di situ dan dianggarankan sekumpulan gajah sebanyak 7 ekor.
Situasi Kejadian tidak dapat dipastikan kerana pihak jabatan PERHILITAN masih tidak dapat menemui mangsa dan sewaktu kejadian tiada saksi lain.
Jabatan PERHILiTAN sedang memantau situasi pergerakan gajah ini bagi tindakan berikutnya.-SAHIH.