PEJUANG TOLAK TAWARAN MUHYIDDIN
PEJUANG TOLAK TAWARAN MUHYIDDIN
PUTRAJAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memutuskan akan terus kekal berprinsip dan dengan tegas menolak tawaran yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tawaran ini ibarat rasuah jawatan demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan diri beliau sendiri.
Jelas beliau, sudah terang lagi bersuluh, ini usaha terdesak Muhyiddin bagi mengekal kuasa dengan cara yang cukup tidak bermaruah.
Presiden Parti Pejuang , Datuk Seri Mukhriz Mahathir
“Beliau tidak berhak membuat tawaran seperti itu kalaupun mempunyai keabsahan sebagai Perdana Menteri, apatah lagi setelah hilang sokongan majoriti, lapor Utusan Online
“Muhyiddin sepatutnya menghormati Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan meletakkan Jawatan sebagai Perdana Menteri, ” katanya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, Perdana Menteri menawarkan tujuh cadangan rentas parti sebagai meluluskan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang. –