PDRM, MASYARAKAT BERPISAH TIADA
PDRM, MASYARAKAT BERPISAH TIADA
PETALING JAYA: Polis membantu menghantar penunggang motosikal yang sesak nafas balik ke rumahnya dengan selamat selepas menahan penunggang itu dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tropicana, di sini, semalam.
Sekumpulan anggota polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang menjalankan sekatan jalan raya (SJR) , telah menahan seorang penunggang motosikal bagi tujuan pemeriksaan biasa, tetapi penunggang motorsikal itu tiba-tiba mengalami sesak nafas ketika hendak berhenti.
Atas dasar kemanusiaan, Asisten Superintendan Sukri Ahmad, telah mengarahkan anggota yang terlibat dalam sekatan jalan raya itu membantu menghantar pulang penunggang motosikal tersebut yang dikenali sebagai pakcik Abdul Rahman ke rumah beliau dengan selamat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Usaha dan sikap yang terbaik harus dipuji kerana anggota polis yang menjalankan tugas turut mempunyai nilai kemanusiaan untuk membantu masyarakat selain membendung jenayah.
Pakcik Abdul Rahman turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan yang diberi di samping turut membantu menghantar balik ke rumah dengan selamat.