Pasaraya Mydin rugi tapi maaf dan halalkan semua orang pecah masuk
Pasaraya Mydin rugi tapi maaf dan halalkan semua orang pecah masuk
Hebat sungguh Datuk Wira Ameer Ali Mydin ini. Beliau rugi jutaan ringgit, tapi masih memaafkan dan menghalalkan semua orang yang memecah masuk dan mencuri barang dalam pasaraya Mydin.
Beliau tahu, orang terdesak. Tengah darurat. Maka walau rugi berjuta, beliau dengan ikhlas menghalalkan semuanya.
Ada netizen memuji tindakan pengurusan Mydin Mart yang memahami situasi semasa kenapa orang ramai yang terdesak memecah masuk ke dalam pasar raya itu.
“Sebab tu kita kena sokong peniaga Muslim begini. Kena support sungguh-sungguh. Biar orang Islam menjadi kaya raya. Kerana mereka pembayar zakat, kerana mereka akan kembalikan sebahagian keuntungan untuk membantu umat Islam yang lain pula.
“Sokonglah pasaraya Mydin. Nak beli apa-apa, pergilah Mydin. Jika jauh dari pasaraya Mydin, boleh je beli online barangan Mydin,” katanya.-SAHIH.