PASANGAN SUAMI ISTERI NYARIS MAUT LANGGAR LUBANG
kemalangan
PASANGAN SUAMI ISTERI NYARIS MAUT LANGGAR LUBANG
BENTONG: Gara-gara jalan berlubang, suami isteri nyaris maut selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan selepas terlanggar lubang di Jalan Bentong-Raub berhampiran Dataran Tras di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu menyebabkan penunggang mostosikal Shahrizal Suhaimi, 38, retak kaki kiri manakala isterinya, Norashikin Hamzah, 34, menerima empat jahitan di bahagian siku kiri.
Shahrizal berkata, semasa kejadian dia dan isterinya yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan untuk bekerja dari Kampung Chamang di sini ke sebuah kilang di Janda Baik dekat sini, lapor UTUSAN ONLINE.
“Apabila sampai ditempat kejadian, saya memang tidak nampak lubang berkenaan yang dan melanggar sebelum tercampak dan terseret ke tengah jalan, nasib baik tidak dilanggar kenderaan.
Tambah Shahrizal, sejurus kejadian dia meletakkan kon keselamatan di lubang berkenaan selepas melihat banyak kenderaan menjadi ‘mangsa’ lubang berkenaan.
Dalam pada itu, katanya dia dan isterinya kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Bentong yang terletak berhampiran sebelum membuat laporan polis.
“Saya dan isteri kini masih berasa sakit dan berehat di rumah sebelum dikehendaki berjumpa doktor selepas seminggu,” ujarnya.