PASANGAN GAY DIHUKUM SEBAT
PASANGAN GAY DIHUKUM SEBAT
BANDA ACEH: Pasangan gay dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai di wilayah konservatif Aceh, Indonesia hari ini kerana melakukan hubungan seks sejenis.
Dua lelaki masing-masing dikenakan hampir 80 sebatan kerana melakukan hubungan seks sejenis, perbuatan yang melanggar peraturan di Aceh mengikut undang-undang Syariah.
Pasangan yang tidak dinamakan itu dilihat menahan kesakitan dan merayu sebatan dihentikan, ketika pegawai syariah bertopeng menjalankan hukuman menggunakan rotan.
GAMBAR HIASAN
Hukuman itu dihentikan seketika dan kedua-dua lelaki itu berusia 20-an itu diberikan air minuman sebelum sebatan disambung.
Ibu kepada seorang lelaki itu pengsan ketika melihat anaknya menjalani hukuman berkenaan.
Pegawai ketenteraman awam, Heru Triwijanarko, memberitahu AFP bahawa penguatkuasaan Syariah Islam adalah muktamad tanpa mengira siapa individu itu, malah pengunjung juga perlu menghormati norma penduduk tempatan.
Pasangan lelaki itu ditahan pada November tahun lalu di sebuah rumah sewa, apabila tuan rumah menemui kedua-duanya dalam keadaan separuh bogel dalam bilik mereka.
Seks sejenis tidak menyalahi undang-undang di kawasan lain di Indonesia kecuali Aceh, yang juga satu-satunya wilayah di negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia melaksanakan undang-undang Syariah.
GAMBAR IHSAN AFP
Hukuman sebat di khalayak ramai adalah perkara biasa di Aceh dan ia dijatuhkan terhadap pelbagai kesalahan, termasuklah berjudi, minum arak serta berzina.
Empat lagi individu berusia antara 17 dan 40 tahun, turut dikenakan hukuman sebat pada hari sama, atas dakwaan minum arak atau bertemu pasangan berlainan jantina.
Kumpulan hak asasi manusia menyelar hukuman sebat di khalayak ramai dan menyifatkannya sebagai kejam manakala Presiden Indonesia, Joko Widodo, menggesa ia dihentikan dan kebanyakan rakyat Aceh menyokongnya.