KEMAS PARLIMEN KUALA KRAU JUARA KESELURUHAN
PERTANDINGAN SEMPENA HARI POTENSI PERINGKAT NEGERI
JERANTUT: KEMAS Parlimen Kuala Krau muncul juara keseluruhan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Negeri Pahang 2020 selepas muncul juara dalam empat daripada lapan acara dipertandingkan.
Pengarah KEMAS Negeri Pahang, Zamri Muhammad, berkata pertandingan Hari Potensi Tabika KEMAS 2020 Peringkat Negeri Pahang diadakan secara live streaming memandangkan keadaan semasa gejala COVID-19 yang semakin membimbangkan.
“Peserta yang muncul juara dalam acara masing-masing akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada bulan depan,” katanya.
Beliau mengumumkan keputusan itu melalui laman sosial Facebook, hari ini.
Bagi acara bercerita lelaki, Mohd Naufal Mohd Ridwan (Kuala Krau) muncul juara diikuti Mohd Izzat Mohd Faizul (Kuantan) tempat kedua dan tempat ketiga diperoleh Mohd Syazwan Shukri (Lipis).
Untuk acara bercerita perempuan pula dimenangi Nur Sofya Mohd Rahmat (Kuala Krau); diikuti tempat kedua, Ami Syarah Mohd Hidli (Pekan) dan ketiga, Nur Zahirah Mohd Nizam (Temerloh).
Acara Story Telling lelaki dimenangi Nik Aish Nik Mohamad Irsyad Afifi (Jerantut); kedua, Wan Firash Wan Kamarul (Temerloh) dan tempat ketiga Putra Muhammad Khalish Asri Mohd Zairi (Pekan).
Acara sama untuk kategori perempuan pula dimenangi Isha Mohd Aris (Paya Besar); kedua, Arissa Nur Sofiya Shahzrul (Kuantan) dan ketiga Zahra Nur Imani Mohd Lofti (Rompin).
Acara pidato lelaki dimenangi Musriq Muhammad Mohd Azwan (Kuala Krau); kedua, Muhammad Amsar Muhd Shahrul (Rompin) dan tempat ketiga, Muhammad Aiqil Firqan M Hamli (Paya Besar).
Acara pidato perempuan disandang oleh Nur Hajia Raina Hanif Akhbar (Kuala Krau); kedua- Qurratun Ainur Mat Jais (Paya Besar) dan ketiga diperoleh Nur Auni Aisha Azwatul Faiz (Indera Mahkota).
Kategori Hafazan dan Terjemahan lelaki, pertama, Muhammad Aqil Idham Muhammad Yusri (Rompin); kedua Muhammad Amir Irsyad Romdzi (Raub) dan tempat ketiga, Muhammad Azfar Muhammad Ramli (Jerantut).
Bahagian perempuan pula dimenangi wakil dari Lipis, Nur Farhana Mohd Fauzi; kedua – Nur Izyina Hana M Idzlan (Kuala Krau) dan ketiga Nur Darina Adra Saifullah (Jerantut).