PARLIMEN JERANTUT ANJUR KURSUS PASTRI
HANYA 300 PESERTA DITERIMA IKUTI KURSUS
JERANTUT: Pejabat Ahli Parlimen Jerantut mempelawa penduduk daerah ini menyertai kursus Sijil Profesional Seni Pastri Siri 2 dan 3 yang akan diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, hujung bulan ini.
Kursus itu memberi peluang kepada peserta yang tidak dapat menyertai kursus siri pertama, oleh kerana kursus tersebut mendapat sambutan mengalakkan maka kursus siri kali kedua dan ketiga dianjurkan.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, pejabatnya mempelawa penduduk Jerantut agar merebut peluang untuk mendapat pendedahan cara membuat pastri secara profesional dan berkualiti serta boleh dijadikan mata pencarian tambahan.
Datuk Ahmad Nazlan Idris
“Kita buka peluang kepada mereka yang berminat kerana siri pertama sebelum ini mendapat terlalu banyak penyertaan dan terpaksa ditolak kerana pihak ADTEC menghadkan bilangan yang sesuai untuk mengikuti kursus ini dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia.
Gambar Hiasan
“Selain itu, kursus ini adalah percuma dan turut dibayar elaun sebanyak RM50 sehari, diharapkan selepas kursus ini peserta boleh mengusaha secara kecilan sebagai pendapatan sampingan,” katanya.
Katanya, Kursus Sijil Professional Seni Pastri akan diadakan pada 27 -29 November 2020 (Siri Ke-2) dan 30 November-2 Disember 2020 (Siri Ke-3) dan masa kursus bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang di ADTEC Jerantut.
Selain itu, syarat penyertaan ialah berusia antara 18 hingga 55 tahun dan terbuka untuk golongan B40 serta pemastautin tetap daerah Jerantut.
Bakal peserta yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut pada 23 November 2020 (Isnin) mulai jam 10 pagi dan terhad kepada 150 orang untuk siri ke 2 dan ke 3. Tidak dibenarkan wakil untuk mengambil borong penyertaan.