Pantau Kerja Selenggara Jalan
Pantau Kerja Selenggara Jalan
KUANTAN – Semua kerja penyelenggaraan jalan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang perlu dipantau.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun berkata, pemantauan itu penting bagi memastikan semua kerja dilakukan dan disiapkan mengikut jadual.
“Hari ini saya mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bagi kerja menyelenggara jalan dalam kawasan PBT di negeri ini di Wisma Sri Pahang.
“Mesyuarat ini adalah bagi memantau gerak kerja dan penambahbaikan yang sedang dilakukan, terutamanya di kawasan yang menerima aduan daripada orang awam,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
Turut hadir Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Norden Zakaria; Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Ame Abdullah dan wakil jabatan berkaitan.
Johari berkata, sesi perbincangan susulan juga dilakukan melalui mesyuarat itu untuk memastikan semua gerak kerja berjalan lancar.-SAHIH.