PAKISTAN SIASAT 50 JURUTERBANG
Berita Global
PAKISTAN SIASAT 50 JURUTERBANG
Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) Pakistan melancarkan siasatan jenayah terhadap 50 juruterbang dan lima pegawai penerbangan awam negara itu kerana disyaki memalsukan lesen, lapor agensi berita Sputnik, yang memetik Reuters.
Menteri penerbangan negara itu, Ghulam Sarwar Khan berkata pihak berkuasa akan mengenakan larangan kepada 262 juruterbang, termasuk 141 juruterbang Pakistan International Airlines, berikutan lesen penerbangan mereka meragukan.
Sarwar Khan berkata juruterbang terbabit mungkin memalsukan keputusan satu hingga lapan ujian.
Berdasarkan notis diterima seorang daripada juruterbang, FIA sedang menyiasat ‘dakwaan rasuah, pelanggaran, penyelewengan dalam (pengeluaran) lesen kru penerbangan’
“Kabinet dimaklumkan bahawa pihak FIA memulakan proses siasatan terhadap juruterbang yang lesennya ditarik, dan pegawai penerbangan awam yang berhubungan dengan mereka,” menurut minit mesyuarat kabinet negara berkenaan.
tamat