PAKEJ PERMAI UNTUK RAKYAT
PAKEJ PERMAI UNTUK RAKYAT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat ketika negara sedang berdepan penularan pandemik Covid-19.
Muhyiddin berkata pakej bantuan Permai yang memperuntukkan sejumlah RM15 bilion, antara lain mempunyai 22 inisiatif bermatlamat untuk memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan, lapor Malaysiakini.
Berikut antara intipati pengumumannya.
Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari.
Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku pertama tahun ini.
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan.
GAMBAR HIASAN
Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta.
Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.
Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Januari.
Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.
PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac.
Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir.