Pahang sasar kutipan hasil dan pelaburan meningkat tahun 2023
Pahang sasar kutipan hasil dan pelaburan meningkat tahun 2023
Pahang berada di landasan yang tepat untuk meningkatkan kutipan hasil tahunan sejak 2019 serta penambahan kemasukan pelabur mulai 2022.
Pada tahun 2019, kutipan hasil sebanyak RM847 juta dan meningkat sebanyak 0.35 peratus kepada RM850 juta pada tahun 2020.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada tahun 2021 kutipan hasil diperolehi sebanyak RM866 juta, meningkat sebanyak 1.88 peratus.
“Pada setakat Oktober 2022, buat pertama kali kutipan hasil diperolehi sebanyak RM 1.037 bilion melepasi sasaran RM 1.036 bilion meningkat sebanyak 19.74 peratus.
“ Doakan peningkatan kutipan hasil akan bertambah pada tahun 2023 melebihi apa yang telah dicapai pada tahun 2022,” katanya.
Katanya, dalam tempoh dua tahun, sejak tahun 2020, pelabur telah menanam modal sebanyak RM6.7 bilion di negeri ini.
“Pada tahun 2021 pelaburan terus meningkat sebanyak RM10.5 bilion dan Pahang berada di kedudukan ketiga terbaik Malaysia berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
“Pada tahun 2022 (sehingga 30 September) Pahang berjaya memperoleh pelaburan berjumlah RM20.56 bilion dan angka ini melangkaui sasaran sebanyak RM18 bilion dan ianya pertama kali berjaya dikecapi Kerajaan Pahang,” katanya.
Katanya, usaha ini amat memberangsangkan, maka begitu banyak bantuan, sumbangan, usaha pembangunan untuk rakyat, usaha kemajuan negeri dan lain-lain dapat dilaksanakan dengan sempurna.-SAHIH.