Ops Selamat 17 dilancarkan Tahun baru cina
Ops Selamat 17 dilancarkan Tahun baru cina
SELANGOR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama-sama Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan Op Selamat 17 Sempena Tahun Baru Cina 2022.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata OP Selamat 17 akan bermula dari 28 Januari hingga 6 Februari 2022, iaitu 4 hari sebelum dan 4 hari selepas sambutan perayaan.
Operasi tahun ini masih mengekalkan tema yang sama “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”.
Terdapat 2 objektif utama yang diberikan fokus iaitu mencegah jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina pada kali ini.-SAHIH