OPERASI PINDAH GAJAH KE TAMAN NEGARA
OPERASI TRANSLOKASI GAJAH JANTAN DI KAMPUNG KALAI, BATU MELINTANG, JELI, KELANTAN
Seekor gajah jantan berjaya ditangkap dalam satu operasi tangkapan gajah pada 16 Disember 2020 di Kampung Kalai, Batu Melintang, Jeli, Kelantan.
Operasi melibatkan tujuh orang kakitangan dari Jabatan PERHILITAN Daerah Jeli.
Kejayaan tangkapan gajah ini telah melegakan kebimbangan penduduk di beberapa perkampungan di Mukim Belimbing, Daerah Jeli, Kelantan.
Pada 20 Disember lalu, satu operasi pemindahan gajah tersebut telah dijalankan.
PERHILITAN melaporkan, operasi ini melibatkan keseluruhan 21 pegawai dan kakitangan dari Bahagian Konservasi Ex-situ, Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN, Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang.
Gajah ini berada dalam keadaan sihat dan stabil semasa dipindahkan sebelum dilepaskan di kawasan Taman Negara.
Gambar: PERHILITAN