OPERASI (SAR) SAMBUNG ESOK CARI NELAYAN HILANG
OPERASI (SAR) SAMBUNG ESOK CARI NELAYAN HILANG
GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru bot nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot berhampiran Jeti Swettenham Pier di sini semalam akan disambung pagi esok.
Jurucakap bomba berkata, operasi SAR diteruskan dengan menggunakan kaedah Surface Searching.
“Kawasan pencarian dibahagikan kepada beberapa kawasan yang tertumpu di sekitar lokasi mangsa dikhuatiri jatuh dan di kawasan persekitaran pantai dengan radius sehingga dua Kilometer.
“Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian ditangguhkan pada pukul 6 petang tadi disebabkan faktor cuaca dan keadaan laut bergelora,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari KOSMO! Online hari ini.
Mangsa, Khairul Azhar Mohammad, 32, yang berasal dari Kuala Kedah,Kedah dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama lima lagi rakannya terlanggar sebuah boya kira-kira pukul 2 petang semalam.