Op utama lampu isyarat akan diperketatkan
Op utama lampu isyarat akan diperketatkan
JERANTUT – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut mulai hari ini melaksanakan Op Utama Lampu Isyarat di lokasi lampu isyarat Taman Perdana, dekat sini.
Operasi itu memberi tumpuan kepada pengguna jalan raya yang gagal memberhentikan kenderaan semasa lampu isyarat sedang merah.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, hasil operasi ini, bahagian ini telah mengeluarkan sebanyak 51 saman dan 26 daripada saman adalah melakukan kesalahan yang direkodkan atas kesalahan gagal berhenti semasa lampu isyarat merah.
“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk membendung berlakunya kesalahan berulang dan mengelakkan daripada berlaku kemalangan jalan raya.
“Pematuhan lampu isyarat perlu ada di kalangan pengguna jalan raya kerana kegagalan ketika lampu isyarat sedang berwarna merah akan berlaku kemalangan,” katanya
Mazlan menasihati orang awam untuk sentiasa mematuhi isyarat lalulintas dan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah demi memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain terjamin.-SAHIH.