OMD SEDIA KHIDMAT BAYAR & BAWA
OMD sedia khidmat bayar & bawa
Oleh Amir Hamzah Nordin
JERANTUT: Kedai Oh My Donut (OMD) menawarkan bayar dan bawa (cash and carry) bagi memudahkan pelanggan menikmati makan tengahari, ketika mereka berada di tempat kerja.
Antara menu ditawarkan ialah nasi ayam, nasi ayam berempah, laksa, laksam, nasi berkuah kari, nasi gulai masak tempoyak dan banyak lagi menu, yang disediakan vendor atau peniaga setempat.
Model perniagaan mengikut normal baharu dikendalikan OMD yang beroperasi kira-kira dua tahun lalu dan turut menyediakan perkhidmatan penghantar makanan terus ke pintu rumah pelanggan.
Kedai sederhana besar yang terletak di kawasan Bandar Inderapura, Jerantut, turut menjual beraneka jenis minuman selain kuih donut yang menjadi tarikan utama kedai itu.
Penyelia OMD, Mohd Azri Rustapa, 23, berkata walaupun perniagaan OMD terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, namun kembali pulih sejak pihaknya menawarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran secara dalam talian.