NOVAVAX UJI VAKSIN COVID-19 FASA KETIGA
Berita Global
NOVAVAX UJI VAKSIN COVID-19 FASA KETIGA
WASHINGTON: Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Novavax, semalam memaklumkan bahawa pihaknya bakal menjalankan ujian klinikal Fasa Ketiga yang terakhir bagi penghasilan vaksin COVID-19.
Percubaan klinikal itu bakal dijalankan di United Kingdom (UK) dengan menyasarkan pembabitan 10,000 sukarelawan berumur 18 hingga 84 tahun, dalam tempoh empat hingga enam minggu akan datang.
“Dengan tahap jangkitan SARS-CoV-2 yang tinggi dan dijangka berterusan di UK, kami optimis ujian klinikal Fasa Ketiga ini akan dijalankan segera dan memberi pandangan mengenai keberkesanan NVX-CoV2373,” kata Presiden Penyelidikan dan Pembangunan syarikat itu, Gregory Glenn yang menggunakan nama teknikal bagi formulasi berkenaan.
Ia adalah calon vaksin COVID-19 yang ke-11 mencapai peringkat Fasa Ketiga itu pada peringkat global.
Sumber: AFP