NORMALA SAMSUDIN BIDAS PEMIMPIN TAK PEKA
NORMALA SAMSUDIN BIDAS PEMIMPIN TAK PEKA
PETALING JAYA – Bekas personaliti televisyen terkenal, Puan Sri Normala Samsudin meluahkan kekecewaan dengan sikap sesetengah pemimpin yang tidak peka dengan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.
Normala menerusi Instagramnya mempertikaikan kebenaran yang diberikan kepada mereka yang bekerja dalam sektor perkilangan biarpun negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau total lockdown.
“Ada pemimpin yang tak faham rakyat! Ada pemimpin yang rasa dia duduk di atas boleh bagi orang yang kerja kilang, semua kerja.
“Bukan ke total lockdown? Kalau kluster tak turun-turun, jawablah pak menteri yang bijak ini,” tulisnya.
Pada hantaran sama, Normala tidak kisah sekiranya kilang dibenarkan beroperasi, namun semua pekerjanya harus divaksin terlebih dahulu sebagai mencegah penularan wabak yang meragut jutaan nyawa ini termasuk di Malaysia.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut isteri kepada Tan Sri Azmi Khalid itu bersetuju dengan pandangannya, malah turut berasa khuatir dengan angka jangkitan Covid-19 yang membimbangkan setiap hari, lapor KOSMO online.
Terdahulu, hangat diperkatakan dalam media sosial mengenai sebanyak 128,150 syarikat mendapat kelulusan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu.