NIKITA EDAR KONDOM PERCUMA SEMASA COVID-19
NIKITA EDAR KONDOM PERCUMA SEMASA COVID-19
SEKATAN PERGERAKAN DI INDONESIA, PASANGAN SUAMI ISTERI SENTIASA BEREHAT DI RUMAH
JAKARTA: Pelakon kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani menganggap pandemik Covid-19 menyebabkan angka kehamilan di negara itu meningkat.
Dipetik daripada Detik.com , katanya, hal itu mungkin terjadi disebabkan banyak suami isteri menghabiskan banyak waktu bersama di rumah susulan sekatan pergerakan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.
Untuk mengurangkan kadar kehamilan itu, Nikita, 35, merancang untuk menyumbang alat pencegah hamil atau kondom secara percuma.
“Nampaknya zaman Covid-19 ini banyak pasangan suami isteri berehat di rumah. Saya fikir nak sumbang kondom supaya dapat mengecilkan jumlah kehamilan,” katanya dipetik media tempatan.
Pelbagai jenis pelitup muka anti-Covid 19 yang dijual di Indonesia, gambar hiasan
Kata pelakon Lihat Boleh, Pegang Jangan itu, kehamilan akan menambah tanggungjawab semua pasangan khususnya ketika pandemik yang akan memberi kesan jangka panjang.
“Soalnya menyebabkan kehamilan tapi tak dirawat nanti buat apa,” katanya.
Nikita sebelum ini mengundang perhatian umum apabila mengedarkan satu trak vitamin C kepada pekerja kesihatan dan pesakit di Jakarta.
Nikita berkata, dia tidak kisah sekiranya hasrat untuk mengedarkan kondom secara percuma itu menuai sensasi selagi apa ingin dilakukan membawa nilai positif.
“Ya, kita lihat saja nanti di Instagram saya,” katanya.