NETIZEN BAGAI TIDAK PERCAYA KETULAN EMAS
NETIZEN BAGAI TIDAK PERCAYA KETULAN EMAS
LIPIS : Berita penduduk menemui emas menggemparkan orang ramai dan kejadian itu berlaku di kawasan Kechau, Lipis baru-baru ini.
Sekeping foto yang tular menunjukkan seorang lelaki memegang ketulan yang didakwanya emas.
Ramai netizen bagai tidak percaya apa yang ditunjukan melalui foto itu adalah emas yang sangat besar.
Sementara itu, kerajaan Pahang mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan Kechau, Lipis dihentikan serta merta.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, arahan itu untuk memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.
Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.
“Walaupun kegiatan melombong emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang,” katanya.
Berdasarkan laporan, penduduk yang terbabit dalam kegiatan itu memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan mineral berkenaan serta dapat membeli kenderaan secara tunai dan sekali gus mengubah nasib mereka:- Sahih