Naskah Al-Quran telah banyak diedarkan masih tidak habis-habis
Naskah Al-Quran telah banyak diedarkan masih tidak habis-habis
Foto atas: Naskah Al-Quran yang rosak dalam kejadian banjir di Sekolah Kebangsan Tun Fatiman, Bentong, baru-baru ini.
BENTONG – “Sungguh istimewa tugasan saya hari ini, lepas berbaki 4 kotak terakhir dan telah banyak diedarkan, apabila ke lokasi lain, masih ada 4 kotak naskah Al-Quran lagi, walhal sudah diedarkan daripada pagi hingga ke petang.
Kata Che Wan Che Azman yang ditugaskan mengedar kira-kira 300 naskah Al-Quran itu bagi pihak badan bukan kerjaaan (NGO) Sahabat Infaq Malaysia ke sekitar Bentong, sehingga ke sebuah surau di Karak Jaya, dekat sini masih berbaki 4 kotak naskah kitab suci itu.
“Saya mengedarkan senaskah Al-Quran bagi setiap rumah dan kepada individu selepas solat fardhu di masjid dan surau di beberapa lokasi bandar Bentong dan kawasan berdekatan yang terkesan musibah banjir yang berlaku baru-baru ini.
“Saya hairan, selepas habis diedarkan di lokasi terakhir, masih ada lagi 4 kotak naskah Al-Quran,” katanya.
Katanya, Allah membuktikan kitab suci yang diturunkan ini dan terlindung daripada segala bencana,” katanya melalui video media sosial yang tular petang semalam.
Seorang petugas yang turut serta dikenali Safwan Razali menerusi video berdurasi 1 minit 30 saat yang tular petang semalam turut terkejut dengan pengedaran Al-Quran yang tidak habis-habis.
“Ada 4 kotak terakhir dan selesai pengedarannya, namun, telah diedar masih tidak habis, seolah-olah naskah Al-Quran ‘beranak-pinak’.
“Itulah kebesaran Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT, selain itu terdapat sebuah rumah, semua buku habis basah tapi senaskah Al-Quran yang disimpan di rumah itu tidak cacat sedikitpun walaupun kawasan dan rumah itu ditenggelami air,” katanya.
Sementara itu, Bendahari Sahabat Infaq Malaysia, Baizura Datuk Sabiamad mengesahkan kejadian itu kerana Yayasan Nasyrul Quran di Putrajaya memberi amanah misi pengedaran Al-Quran dilaksanakan oleh NGOnya.
Katanya, Sahabat Infaq Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghantar bantuan dan sumbangan berupa tilam, alatan dapur dan makanan kepada mangsa banjir di berapa lokasi di Bentong.
“Kami memang menyediakan sebuah pacuan empat roda khas membawa 300 naskah atau 25 kotak Al-Quran untuk diedarkan senaskah kepada setiap individu, tetapi kejadian ajaib ini memang benar berlaku atas kehendak Allah SWT.
“Semoga kejadian ini memberi kesedaran kepada manusia khususnya umat Islam agar sentiasa terus melakukan ibadah yang terbaik di samping memberi sumbangan kepada insan yang terkesan dengan banjir,” katanya ketika dihubungi.-SAHIH.