Nasib pemborong ayam di kompaun KPDNHEP
Nasib pemborong ayam di kompaun KPDNHEP
KANGAR : Tiga syarikat pemborong ayam masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM7,000 oleh Pegawai Penguat
Kuasa,Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Negeri
Perlis.
Menurut Pengarah KPDNHEP Negeri Perlis, Norazah Jaapar, kompaun dikeluarkan susulan pemeriksaan ke atas tiga syarikat pemborong ayam iaitu di Kuala Perlis, Perlis, Bukit Pinang, Kedah dan Simpang Empat, Kedah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Dua pasukan seramai tujuh pegawai penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Negeri Perlis memeriksa syarikat berkenaan mendapati, ayam dijual pada harga RM8.10 sekilogram kepada peruncit melebihi harga siling borong yang ditetapkan iaitu RM7.60 sekilogram sepertimana diwartakan sehingga 5 Jun 2022.
Selain itu, satu syarikat pemborong ayam turut dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan
(AKB) 1961 kerana tidak memperbaharui lesen berniaga jual borong ayam. – SAHIH